Hey, buat gadis di luar sana, mahu menunjukkan bakat serta potensi yang ada dalam diri anda? Mahu menyerlahkan keyakinan diri serta ingin menonjolkan kecantikan semula jadi? Sertai Flavettes Glowing Star Search sekarang!

Objektif pencarian ini ialah untuk menyerlahkan keyakinan dan potensi diri yang ada dalam diri anda kerana kecantikan bukan terlihat sekadar diluaran sahaja! Aspirasi kejelitaan semula jadi menyerlah menerusi karisma, sifat yakin diri, tubuh badan yang sihat serta penampilan yang berseri.

Mengandungi Vitamin C dengan tambahan Glutathione dan Vitamin E iaitu agen antioksidan yang sangat berkesan, Flavettes Effervescent Glow menyerlahkan lagi kecantikan semula jadi anda.

Flavettes Effervescent Glow sangat bagus untuk menentang tindakan radikal bebas. Pada masa yang sama, Flavettes Effervescent Glow membaiki sel-sel kulit serta mencerahkan kulit dari dalam.

Anda boleh menikmati khasiat Flavettes Effervescent Glow pada bila-bila masa serta di mana sahaja anda berada. Caranya sangat mudah, larutkan Flavettes Effervescent Glow ke dalam segelas air pada suhu bilik.

Kecantikan dalaman akan terserlah secara semula jadi selepas Flavettes Effervescent Glow diamalkan secara konsisten.

Ikuti langkah mudah ini untuk menyertai Flavettes Glowing Star Search:

Pertama, ambil foto 'natural' yang melambangkan diri anda.

Kedua, muat naik foto tersebut di laman Instagram atau Facebook serta lengkapkan slogan berikut:
"Saya ingin menjadi Gadis Flavettes Glowing Star kerana…" tidak lebih 25 patah perkataan dan sertakan hashtag #flavettesglowingstar.

Tarikh penyertaan bermula 25 Jun sehingga 22 Julai 2018 dan pastikan akaun anda berada dalam mod 'public'.

20 orang peserta terpilih akan dihubungi oleh pihak Astro. Mereka akan menghadiri sesi fotografi serta menjalani sesi penggambaran video pada 4 dan 5 Ogos 2018.

Selepas itu, sesi pengundian akan bermula pada 11 hingga 4 Ogos dan 5 orang finalis terbaik akan dipilih menerusi undian terbanyak.

Pada 26 Ogos, acara kemuncak Flavettes Glowing Star akan diadakan untuk mengumumkan lima orang finalis dan seorang gadis bertuah akan dipilih menjadi Gadis Flavettes Glowing Star 2018 dalam sebuah acara tertutup!



Empat finalis lain akan membawa pulang hadiah daripada Flavettes dan Gadis Flavettes Glowing Star 2018 akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta kontrak selama setahun sebagai duta Flavettes yang nilai melebihi RM 10,000.

Jadi, apa tunggu lagi? Cepat tonjolkan kecantikan semula jadi anda dan sertai Flavettets Glowing Star Search!