Penyanyi Aishah bersyukur apabila dapat menurunkan berat badannya sehingga 21 kilogram (kg) selepas menjalani pembedahan Bariatric pada empat bulan lalu.

Aishah yang berkongsi mengenai perkembangan dirinya itu di Instagram (IG) turut memberitahu dia juga kehilangan 50 inci dari ukuran badannya.

Pun begitu, Aishah memberitahu apa yang penting baginya adalah kesihatannya kini yang bertambah baik.

Pelantun lagu Pulanglah itu bagaimanapun masih berusaha untuk menurunkan berat badannya lagi 19 kg untuk ke berat ideal.

Dalam entri tersebut, Aishah turut memuat naik foto yang menunjukkan badannya yang semakin langsing.

Sudah hampir 4 bulan selepas menjalani pembedahan bariatric dan Alhamdulillah setakat ini sudah turun 21kg.Kalau dicampur2 'inches loss dlm 50inci.Tapi yg paling penting kesihatan(terutama kakiku huhu) semakin baik.Thank you @dr.mustafamt for a job well done, dan @chef_zam dan @wanhatiniewanpa yg mula2 'menghasut' I utk menjalani pembedahan ini.Also to my loved ones dan fans for your support for loving irrregardless my being bulat or not hahaha #reinventingaishahjmm #BariatricsurgeryAishahjmm @nazrai_hijabpin ....19kgs to go

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on


Rata-rata peminatnya turut gembira dengan perubahan penyanyi itu.

Tidak kurang juga yang berminat untuk melakukan pembedahan yang sama sepertinya.

Foto: IG Aishah
Teks oleh: Syafiqah Jalal