Ibu kepada pelakon cilik, Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz berang selepas kisah anaknya sakit dianggap berita sensasi.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya Norashikin meluahkan rasa tidak tidak puas hati terhadap seorang rakan yang mengajukan soalan tanpa peka dengan apa yang berlaku.

Menurut Norashikin keadaan Puteri Balqis, 11, bukan sesuatu berita yang perlu dihangatkan atau disensasikan.

Melalui entri tersebut dia mendedahkan soalan yang diterima mengenai kesihatan anaknya itu.

"Bila orang DM/whatsapp kau: 'babe, aku ada dengar berita sensasi ni, cerita panas anak kau sakit?'

"Jawapan gua (saya): Anak sakit bukan berita hangat/cerita sensasi, syaitan. Gua (saya) bukan makcik bawang," tulisnya.

Terdahulu, berita Puteri Balqis yang dikatakan menghidap kanser menjadi perhatian umum.

A post shared by My Lil' Floyd Puteri Balqis (@thohustler) on


Foto: IG @thohustler
Teks oleh: Syafiqah Jalal