Ruhainies 'Sweet Gila' Dengan Imej Berhijab

Hiburan
Ruhainies 'Sweet Gila' Dengan Imej Berhijab
Pelakon jelita, Ruhainies yang tampil dengan imej bertudung menerusi lakonan terbarunya, Anugerah Cinta Aisyah nyata menarik perhatian ramai netizen yang memuji keayuan wajah aktres itu.
 
Dalam cerita tersebut, Ruhainies menjiwai watak Aisyah yang mengenakan gaya tudung labuh.
 
Menariknya, Ruhainies menjalani penggambaran drama sebanyak 13 episod itu di Vienna, Austria.
 
Dalam satu video yang dimuat naik Ruhainies semalam, dia sempat menunjukan lokasi penggambaran drama bersiri itu yang cukup indah.
 

Ramai netizen memuji kecantikan Ruhainies kerana mengenakan imej bertudung itu.
 
"Sweeettt gile anissss," kata seorang netizen yang dikenali menerusi akaun Instagram, fakroul_imtiyaz.
 
Drama berkenaan sebelum ini mencetuskan kontroversi dari aspek pemilihan pelakon utama yang membawa karakter seorang ustazah.
 
Pelakon Fathia Latiff antara nama yang diberikan produser kepada stesen televisyen tetapi ia kemudian digalas oleh Ruhainies.
 
Teks oleh: Elrafaei Sapi
 
Foto: IG @ruhainies7

Artikel Berkaitan