Sebut sahaja nama Syafiq Kyle, pastinya ramai yang meminati jejaka kacak berlesung pipi ini. Syafiq kini menjadi antara salah seorang pelakon yang semakin mendapat tempat di hati peminat.

Mula menceburkan diri dalam bidang lakonan menerusi drama bersiri Tanah Kubur, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 26, atau lebih dikenali sebagai Syafiq Kyle mula menempa nama dia di dunia hiburan.

Rupa paras tampan bekas peserta Hero Remaja 2011 / 2012 ini datang seiring dengan bakat lakonan mula memikat hati peminat di luar sana.

Sekian lama membina portfolio, populariti Syafiq mula meledak selepas membintangi drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer, bergandingan dengan aktres cantik Singapura, Hannah Delisha.

Apakah rahsia Syafiq semakin diminati ramai? Jika anda ingin tahu, jangan lupa saksikan Gempak FB Live: MeleTOP #TANPAHAD dengan Hotlink RED.

Caranya mudah sahaja! Tonton sesi FB Live di laman Facebook Astro Gempak pada 17 Julai ini, jam 10 malam, selepas tamatnya siaran rancangan MeleTOP di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jaa Suzuran, Syafiq akan turut ditemani oleh pelakon dan penyanyi Nina Nadira.

Selain membintangi drama bersiri, Syafiq juga bakal menemui peminat menerusi dua filem iaitu Langsuir dan Gol & Gincu Vol 2.

Sudah pastinya ramai peminat Syafiq tidak sabar menantikan kelibat aktor itu di layar lebar!

Teks: Kamaruddin Razal