Bintang Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) Farah Asyikin berkongsi detik-detik cemas membantu mangsa kemalangan jalan raya di Shah Alam baru-baru ini.

Farah yang kebetulan melalui kawasan tersebut segera memberhentikan kenderaannya untuk membantu mangsa kemalangan itu untuk dibawa ke hospital berdekatan.

"Without thinking, I brought him straight to Hospital Shah Alam, Seksyen 7. Dua orang yang berhenti membantu pun escort pergi ke hospital.

“Alhamdulillah saya bawa truck Ford Ranger, kami naikkan motor mangsa kemalangan ke belakang truck saya,” tulis Farah menerusi kemaskini di Insta Stories miliknya.

Farah turut memuji tindakan dua orang pemuda yang turut meluangkan masa membantu mangsa di tempat kejadian.

“Dua pemuda yang berjiwa besar ini membantu dan teman mangsa yang baru accident ni. Saya tunggu ibu bapa mangsa sampai. Lagipun motor dia atas truck saya,” kata Farah.

Selepas selesai menguruskan mangsa, Farah turut ke tempat cuci kereta kerana perlu membersihkan keretanya yang turut terkena darah mangsa yang tercedera.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @farahasyikin.fa