Ahli kumpulan UNI.T, Yang Jiwon mendedahkan bahawa dia tidak lagi solo ketika diwawancara dalam satu program televisyen.

Ketika ditanya oleh pengacara mengenai hubungan percintaan, Yang Jiwon tidak teragak-agak memberi jawapan yang dia sudah mempunyai teman lelaki.

"Saya tidak mahu menyakiti orang lain dengan mengatakan saya tidak mempunyai teman lelaki sedangkan hakikatnya saya sedang bercinta," katanya.

Penyanyi Yang Jiwon merupakan ahli kumpulan SPICA pada tahun 2012 sebelum bersama kumpulan UNI.T.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Soompi