Pelakon popular, Maya Karin memulakan misi untuk projek konservasi di sekitar Maliau Basin, Sabah sejak kelmarin sebagai usaha mengajak netizen mencintai alam sekitar.

Dalam satu status di akaun Instagramnya, @maya_karin dia memuat naik gambarnya bersama rakannya yang turut serta dalam ekspedisi tersebut ketika mereka tiba di Kota Kinabalu sebelum menuju ke Maliau Basin menggunakan kenderaan darat.

Menariknya, dalam satu status seterusnya, Maya memuat naik satu gambarnya bersama gajah liar di kawasan konservasi itu.

Dalam misi itu, Maya membuktikan dia bukan saja hadir sebagai selebriti untuk berjalan di karpet merah tetapi mengambil peluang untuk melakukan kerja-kerja dalam misi tersebut.

Ujarnya, dalam misi itu dia melakukan pemeriksaan, memasang kamera baru di perangkap haiwan dan mengumpul maklumat.

Maya memberitahu seramai 10 anggota terbabit dalam misi itu yang diketuai Dr Rahimatsah dari Yayasan Sabah.

Netizen di media sosial juga memberi komen, Maya tetap kelihatan cantik walaupun dalam hutan.

"Maya always pretty,pose mcm ni pon cantik," kata @_isobelrose.

Begitu juga komen @elansenrose yang memuji kecantikan pelakon itu.

"waaaa maya always pretty," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi