Walau Sering Dikecam, Aliff Syukri Tak Serik, Bakal Lancar Lagu Terbaru!

Hiburan
Walau Sering Dikecam, Aliff Syukri Tak Serik, Bakal Lancar Lagu Terbaru!
Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri sememangnya tidak pernah lari dari kontroversi dan kecaman netizen.

Terbaru, menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya, usahawan ini mendedahkan bahawa dia bakal melancarkan lagu terbaru yang diberi judul Bobo Di Mana.

Lagu terbaru itu turut menampilkan rakan baiknya Nur Sajat dan seorang artis dari Indonesia, Lucinta Luna.
 
 

nantikan lagu bakal boomingg di asia tenggara..dgn tajuk bobo di mana.. siapa yg rasa lagu ni sedap sila komen di bawah yee tqq awakk😘😘 @lucintaluna @nursajat02 ..inyallah lagu ni akan full reles lagi 3minggu...manager sy di indonesia.. . @didi_3kingkong . . kalau korang tengok full video lebih dr 15mnit ini ... bagaimana payah ank buat lagi bobo di mana ..hnya boleh ditonton di youtube Tv Terlajak Laris sy dah psoting yaaa..tpi nak tngok kena subscribes ye dulu baru boleh tngok.. . . #jakarta #indonesia #bandung #cook #chef #gendut #banjar #food #jawabarat #letscook #mylifestye #ohabangkosmetik #luxurylifestyle #healthylifestyle #deco #bisnesman #beauty #malaysia #aceh #welovejakarta #mensfashion #youtube #tv #terlajaklaris

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


"Nantikan lagu terbaru saya yang bakal 'meletup' di Asia Tenggara, lagu ini bertajuk Bobo Di Mana.

"Insya-Allah lagu ini akan dilancarkan dalam masa tiga minggu lagi," tulisnya.

Sebelum ini, Aliff  telah mencetuskan kontroversi dengan kemunculan lagu Abang Nak Tegur yang juga hasil duet bersama Nur Sajat.

Teks : Asraf Aided
Sumber : Instagram Aliff Syukri
 

Artikel Berkaitan