Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) digesa agar memberi kenyataan terhadap tindakan pelakon senior, Ellie Suriaty yang menyatakan pendirian menyokong bekas perdana menteri sebelum ini.

Pensyarah sambilan filem dan penyiaran berpengalaman yang juga fasilitator bengkel latihan berkaitan industri kreatif, Zaki Abdul Rahim menyatakan FDAM sepatutnya memberi kenyataan untuk menjelaskan tindakan pelakon itu tidak mewakili atau menampilkan pendirian persatuan yang membenarkan ahlinya melakukan protes saman mahkamah ke atas Datuk Seri Najib Razak.

"FDAM harus berdiri sebagai tonggak yang berprestij memayungi ahli yang berhemah tinggi, berkarisma dan sentiasa mendokongi pimpinan kerajaan baharu. Lagi pun amat jelas bahawa kerajaan silam mengamalkan kleptokrasi, diskriminasi dan menzalimi hak sama rata ahli," katanya.

Ujarnya, Kod Etika Sutradara Malaysia menyebut sutradara haruslah menampilkan imej dan wibawa profesional di mata masyarakat sekaligus menjunjungi Rukun Negara yang menghormati kedaulatan undang undang.

"Bukan memecat keahliannya tapi FDAM harus buat kenyataan terhadap kelantangan Ellie ini," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @elliesuriaty_azryiskandar & Zaki Abdul Rahim