Pelakon Tunku Hanis mengakui nalurinya tetap memihak pada lelaki walaupun kini tampil dengan imej berambut pendek.

Menerusi entri di Intagram (IG), Hanis berkongsi gambar terbarunya dengan imej yang berbeza daripada sebelum ini.

"Attention girls! Walaupun rambut saya pendek tapi naluri saya tetap memihak kepada lelaki.

"Jadi makanya kalau nampak saya tak perlu nak tersipu-sipu!

"Saya tak akan mengorat kalian semua! Tolong," tulisnya.

Rata-rata peminat mengakui terhibur dengan entri yang dimuat naik oleh Hanis dan memuji gaya potongan rambut barunya itu.

Difahamkan Hanis tampil dengan imej berambut pendek disebabkan tuntutan watak sebagai Leftenan Raz dalam lakonan terbaharunya.