Penyanyi popular Hael Husaini memohon maaf atas kesilapan yang berlaku ketika persembahan pada konsert Big Stage malam tadi.

Menerusi Instagramnya, Hael mengakui berdepan masalah teknikal pada awal persembahannya bersama Wanie Kayrie sewaktu menyanyikan lagu Sampai Bila (Misha Omar).

"First of all saya nak minta maaf @wanikayrie, I messed up tonight atas beberapa kesalahan teknikal yang tak dapat dielakkan di awal persembahan.

"I guess today is not my day. Maaf sekali lagi. Saya akan perbaki lagi kelemahan saya. Thank you," tulis Hael bersama sepotong video rehearsal Big Stage petang semalam.

First of all saya nak minta maaf @wanikayrie i messed up tonight atas beberapa kesalahan teknikal yang tak dapat dielakan di awal persembahan. I guess today is not my day. Maaf sekali lagi. Saya akan perbaki lagi kelemahan saya. Thank you ??

A post shared by 'HAJAT' (New Released) (@haelhusaini) on


Keberanian dan sikap merendah diri Hael untuk mengakui kesilapannya itu dipuji netizen dan menyifatkan persembahan itu sudah cukup memuaskan hati penonton dan juri.

Wanie malam tadi berada di kedudukan keenam dan bakal menyanyikan lagu Sayang (Via Vallen) pada konsert keempatn minggu hadapan.

Bagaimanapun, tuah tidak menyebelah Andi Bernadee yang tersingkir malam tadi.

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan 8 bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.

Big Stage disertai oleh Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Tajul, Syafiq Farhain, Baby Shima, Sissy Iman dan Wani Kayrie.

Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Big Stage turut boleh dinikmati melalui platform digital, ASTRO GO dan 'on demand'.

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!

Foto: @waniekayrie, @haelhusaini