Sekurang-kurangnya 14 cedera selepas pintu gerbang ke arena konsert Backstreet Boys di Oklahoma, Amerika Syarikat runtuh pada Sabtu lalu.

Ketika kejadian, kawasan berkenaan dilanda hujan lebat dan ribut kencang.

Insiden itu berlaku sejurus sebelum Backstreet Boys dijadual memulakan konsert mereka.

Jurucakap pusat peranginan lokasi konsert berkenaan memaklumkan, sebaik sahaja terdapat laporan ribut akan berlaku, kesemua penonton telah diarah berpindah.

Bagaimanapun, ketika angin kencang dengan kelajuan 113km hingga 128km, masih terdapat kira-kira 150 penonton di arena berkenaan.

Berikutan kejadian itu, konsert berkenaan telah ditangguhkan ke tarikh lain.
Sumber: E!News, BBC