Penyanyi Farhan Azizan selamat melahirkan bayi kedua di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, tepat jam 5.40 petang tadi.
Farhan yang juga bekas bintang Akademi Fantasia 4 (AF4) itu melahirkan bayi perempuan secara pembedahan.
Farhan dan bayi seberat 2.7 kilogram (kg) itu kini berada dalam keadaan sihat.
Berita tersebut dikongsi sendiri oleh suaminya, Ahmad Rashadan Suhami.
Rashadan melahirkan rasa syukur di atas akan kelahiran cahaya matanya.
“Alhamdulilah, Farhan dan bayi berada di dalam keadaan sihat selepas proses kelahiran.
“Gembira dan lega apabila semuanya berjalan dengan lancar.
“Cuma tidak menyangka kami sekali lagi menimang cahaya mata perempuan kerana sebelum ini memang kami mahu doktor merahsiakan jantina bayi supaya menjadi kejutan,”katanya ketika dihubungi Gempak.
Farhan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Rashadan Suhaimi pada Oktober 2014.
Pasangan ini dikurnaikan seorang cahaya mata perempuan bernama Souffea Zulaeqha, 1.