Kumpulan Blackpink telah mencipta sejarah dalam dunia muzik K-Pop apabila saluran YouTube mereka telah mencecah 10 juta pengikut.

Menurut Allkpop, Blackpink telah menjadi artis dari Korea Selatan yang mempunyai paling ramai pengikut sejak akaun itu diwujudkan dua tahun lalu.

Atas kejayaan mempunyai pengikut seramai 10 juta itu, ia telah melayakkan mereka menerima plak pengiktirafan 'YouTube Dimond Play Button'.

Saluran YouTube Black Pink telah memuat naik hampir 180 buah video termasuk muzik video, persembahan konsert dan vlog aktiviti mereka.


Sumber: Allkpop