Pelakon Nadiya Nisaa akui teruja apabila diberi peluang mengacarakan program Impiana iaitu rancangan yang dibawa ke televisyen dari majalah dekorasi nombor satu Malaysia.

Nadiya berkata meskipun dia kurang mahir mengenai ilmu dekorasi dalaman rumah namun gembira kerana dapat mempelajari banyak perkara baru menerusi program tersebut.

“Saya sangat teruja apabila diberi peluang pertama kali mengacara program televisyen dan ia adalah rancangan dekorasi rumah.

“Terus-terang saya memang tiada ilmu mengenai dekorasi dalaman namun menerusi program ini saya belajar banyak perkara atau ‘terms’ baru.



“Sebagai contoh, saya baru sahaja tahu kita boleh memilih sofa atau kerusi mengikut posture badan dengan memilih kerusi jenis ergonomic.

“Malah saya juga belajar bagaimana hendak menyusun atur perabut supaya ia nampak minimalis tetapi dalam masa yang sama praktikal, lebih-lebih lagi untuk yang sudah berkeluarga seperti saya.

“Saya seronok menjalani penggambaran ini kerana balik rumah sahaja saya terus menyusun atur perabut supaya ia nampak lebih menarik,”katanya kepada Gempak.

Program yang mempunyai 13 episod itu bakal menemui penonton mulai 21 Ogos (esok) setiap Selasa jam 12.30 tengahari di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).



Selain itu, Nadiya turut memberitahu dia berasa gementar kerana ia adalah program pertamanya mengacara.

“Saya sebenarnya gementar juga, tidak tahu bagaimana penerimaan penonton tetapi apa-apa pun saya pasti program ini bakal menjadi kegemaran ramai kerana penyisiannya,” katanya lagi.

Impiana merupakan program televisyen yang memaparkan 13 dekorasi dalaman rumah yang disusun atur semula mengikut konsep tertentu oleh seorang pereka dalaman bertauliah.

Jangan lupa sakiskan Impiana, setiap Selasa jam 12.30 tengahari di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).