Pelakon cantik, Anzalna Nasir mendedahkan wang ratusan ribu ringgit milik ibu mertuanya ditipu oleh seorang individu tidak bertanggungjawab.

Tidak mendedahkan nama individu terbabit, Anzalna berkongsi khabar ini menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Dalam entri tersebut, Anzalna turut memberi amaran kepada orang ramai agar berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

My mother in law just lost a few hundred thousand Ringgit. Rasa macam nak mention je nama perempuan tu! Bertudung dan berkaca mata tapi kadang-kadang dia buka tudung, sis confuse! ? Kami anggap semua ni ada hikmah. Zaman sekarang ni memang senang sangat ditipu! Berhati-hati la.. Ramai yang nak tunjuk hidup MEWAH terutama sekali di media sosial sampai sanggup MEMINJAM / MENIPU duit orang! Dah menipu kantoi, mula la keluar segala ayat dalam Al-Quran minta simpati konon nya mangsa keadaan. Bersyukurlah dengan apa yang Allah bagi, hidup ikut kemampuan kita. Anzalna share sebab taknak korang pun terkena. Jangan ingat lelaki je boleh buat kerja ni, perempuan pun hebat juga! Siapa yang teraniaya jangan teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang. Semoga kita semua dilindungi dan sentiasa dilimpahkan rezeki. Amin...❤️ #TakBaikMakanDuitHaram

A post shared by ᴀɴᴢᴀʟɴᴀ ɴᴀsɪʀ (@anzalnanasir88) on


"My mother in law just lost a few hundred thousand Ringgit. Rasa macam nak mention je nama perempuan tu!

"Bertudung dan berkaca mata tapi kadang-kadang dia buka tudung, sis confuse! Kami anggap semua ni ada hikmah. Zaman sekarang ni memang senang sangat ditipu!

"Berhati-hati la.. Ramai yang nak tunjuk hidup MEWAH terutama sekali di media sosial sampai sanggup MEMINJAM / MENIPU duit orang!

"Dah menipu kantoi, mula la keluar segala ayat dalam Al-Quran minta simpati konon nya mangsa keadaan. Bersyukurlah dengan apa yang Allah bagi, hidup ikut kemampuan kita.

"Anzalna share sebab taknak korang pun terkena. Jangan ingat lelaki je boleh buat kerja ni, perempuan pun hebat juga!

"Siapa yang teraniaya jangan teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang. Semoga kita semua dilindungi dan sentiasa dilimpahkan rezeki. Amin," tulis Anzalna.

Dalam pada itu, suami Anzalna, Hanif Zaki turut bercerita mengenai kejadian tersebut.

Sudah hampir setahun IBU saya DITIPU, RATUSAN RIBU telah diambil oleh perempuan yang tak bertanggungjawab ini. Saya masih tidak membuka aib beliau lagi. Tunggu la masa yang sesuai, saya akan reveal kan juga untuk memberikan iktibar kepada org ramai dan tidak tertipu lagi dgn PEREMPUAN ini. Segala tindakan undang undang telah diambil ( civil & criminal ) Sepandai sepandai tupai melompat akhirnya jatuh bersepai juga. Semoga diberikan hidayah dan mendapat balasan yang setimpal! Saya percaya Allah swt bersama sama dgn org yang teraniaya! Terima kasih @pdrmsia_official #kitatunggu

A post shared by ℍ???? ???? (@hanif_zaki) on


"Sudah hampir setahun IBU saya DITIPU, RATUSAN RIBU telah diambil oleh perempuan yang tak bertanggungjawab ini.

"Saya masih tidak membuka aib beliau lagi. Tunggu la masa yang sesuai, saya akan reveal kan juga untuk memberikan iktibar kepada org ramai dan tidak tertipu lagi dgn PEREMPUAN ini.

"Segala tindakan undang undang telah diambil (civil & criminal). Sepandai sepandai tupai melompat akhirnya jatuh bersepai juga.

"Semoga diberikan hidayah dan mendapat balasan yang setimpal! Saya percaya Allah swt bersama sama dgn org yang teraniaya! Terima kasih," tulis Hanif.

Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.