Bersempena dengan program realiti Big Stage yang sedang hangat disiarkan, stesen radio nombor satu Malaysia, ERA akan mengadakan peraduan Dak Lit ERA!

Caranya mudah sahaja! Dak Lit ERA akan menggunakan suara artis BBNU yang sedang bertanding dalam Big Stage untuk merakamkan sebuah lagu.

Pendengar hanya perlu meneka lagu tersebut untuk berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM200!

Fuh ! Berebut-rebut orang nak menang RM 200 eh ? Sbb senang je. Korang check out IG story ERA utk tahu klu. Teka lagu dan penyanyi asal kemudian call kitorang lepas isyarat memanggil. #DakLitERA

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on


Anda perlu singgah di laman Instagram ERA, @era.je dan ketahui klu penyanyi tersebut menerusi ruangan Instagram Stories.

Teka lagu dan penyanyi asal, kemudian hubungi ERA selepas isyarat memanggil ke udara!

Peraduan bermula dari 20 Ogos 2018 hingga 31 Ogos
2018! Jadi, apa tunggu lagi?

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.

Big Stage disertai oleh Sarah Suhairi, Wani Kayrie, Afieq Shazwan, Ariff Bahran, Tajul, Syafiq Farhain, Baby Shima dan Sissy Imann.

Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Big Stage turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan 'on demand'.

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!