Persembahan seisi keluarga yang dinanti-nantikan, Pink Fong & Shark Family Musical bakal berlangsung di KLCC Plenary Hall bermula 8 hingga 16 September ini.

Ibu bapa pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk membawa anak-anak untuk berhibur dengan persembahan hebat ini.

Namun bagaimana hendak mendapatkan tiket untuk menonton muzikal hebat ini? Senang sahaja, produk MARIGOLD UHT Milk boleh membantu.

Menangi tiket untuk menonton Pink Fong & Shark Family Musical dari Marigold UHT Milk dengan mudah menerusi peraduan yang disediakan.

Peraduan telah bermula sejak 13 Ogos lalu hingga 24 Ogos 2018.

Sebanyak 60 tiket Pink Fong & Shark Family Musical dari Marigold UHT Milk anda boleh menangi.

Namun lima pemenang sahaja akan dipilih untuk memenangi 4 tiket yang berharga RM552.

Senang sahaja, anda hanya perlu ikut tiga cara mudah di bawah untuk merebut hadiah ini:
  1. Beli produk susu UHT MARIGOLD dengan jumlah nilai RM15 (1L / 200ml)
  2. Ambil foto resit tersebut dan juga gambar keluarga anda dengan produk Marigold UHT
  3. Hantarkan kedua-dua foto tersebut ke www.marigolduhtmilk.com
Menangi tiket Pinkfong & Shark Family Musical dengan Marigold UHT Milk hari ini!