Pengurus Autism Cafe, Mohd Adli Yahya memohon pada orang ramai dan ibu bapa supaya memberi peluang kepada anak istimewa pengidap autisme untuk ketengahkan bakat yang ada.
Menurut Adli, anak autism ini memerlukan sokongan dan dorongan untuk berjaya sama seperti insan lain yang berada di luarsana.
“Sebenarnya orang ramai tak nampak bahawa anak autism ini mempunyai pelbagai kebolehan sama seperti orang lain.
“Mereka cuma tidak diberikan peluang untuk menonjol dan kadang-kadang ada ibu bapa yang terlalu mengogkong mereka ini.
“Ibu bapa yang ada anak autism ini harus sedar bahawa apa yang akan terjadi pada anak mereka jika mereka sudah tiada nanti.
“Jadi sebelum terlambat ibu bapa harus mengajar anak ini supaya berdikari dan dalam masa yang sama memberi sokongan serta galakkan dalam melakukan sesuatu,” katanya kepada Gempak.
Adli berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran kempen [ I M ] Perfect, di Citta Mall, pada Sabtu.
Tambah Adli, kempen ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada anak autism ini menjual barangan buatan mereka sendiri dan dalam masa yang sama mengumpul dana untuk membeli sebuah kenderaan pacuan empat roda.
“Kempen ini dilakukan setiap bulan untuk memberi pendedahan pada anak-anak ini menjual hasil kerja mereka.
“Kami juga sedang mengumpul dana untuk membeli sebuah kenderaan bagi memudahkan mereka.
“Buat masa sekarang kami berjaya mengumpul dana sebanyak RM35,000 selama dua tahun,” ujarnya.
Kempen [ I M ] Perfect berlangsung selama dua hari mulai hari ini dan Ahad, di Citta Mall, mulai jam 10 pagi hingga 10 malam.
Pelbagai aktiviti menarik dan jualan diadakan di sana serta orang ramai berpeluang melakukan bidaan untuk membeli barangan buatan anak autism ini.
Rozaimi Zubaidi
Sat Aug 25 2018
Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.
Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Nafi Dakwaan Sukar Dihubungi, Ippo Hafiz Enggan Jaja Kisah Rumah Tangga - “Dia Masih Isteri, Jadi Lindungilah Maruah Suami”
Penyanyi Ippo Hafiz menafikan kenyataan Fara Roslan dan dakwaan yang tersebar di laman sosial mengatakan dia sukar dihubungi untuk bertemu anak kedua mereka, Ibrahim.
Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai Di Pangkalan TLDM Lumut
Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, pada Selasa.
3 Bulan Tak Dapat Jumpa Anak Kedua, Isteri Ippo Hafiz Ada Bukti Sukar Dihubungi - “Kalau Dia Jaga & Tiada Masalah, Kenapa Saya…”
Isteri kepada penyanyi Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan mendedahkan dia tidak dapat bertemu dengan anak keduanya, Ibrahim sejak bulan Februari lalu.
Anak Dibiar Bau Hancing & Luka-Luka, Bibik Doakan Thalia Baiduri 'Mampus' - "Depan Saya Dia Baik, Tak Tinggal Solat Dhuha"
Usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri terkejut apabila mengetahui sikap sebenar pembantu rumahnya yang dipanggil Bibik Elly yang tidak berlaku jujur dan melayan anak bongsunya dengan teruk.
Terima Banyak DM, Netizen Minta Caprice Ulas Isu Kekasih Gelap Aliff Aziz - “Makin Lama Makin Banyak Bukti Curang…”
Caprice enggan ulas isu Aliff Aziz.
Azhar Sulaiman Nafi Tumpang Populariti Kasih Iris Leona - “Itu Cara Saya Menegur Dalam Bentuk Jenaka”
Masing-masing ada cara tersendiri.
Kontroversi Aliff Aziz, Sajat Dakwa ‘Ramalannya’ Benar Belaka - “Aku Cakap Korang Tak Nak Percaya, Dah Tilik Dah..”
Pempengaruh media sosial, Sajat menyuarakan pendapat peribadinya mengenai kontroversi yang melanda pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz.