Pelakon Datin Seri Umie Aida dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesukaran bernafas.

Menurut Umie Aida kerana seulas cempedak yang dimakannya sebelum itu, dia diserang angin dalam badan sampai ke ulu hati.

Umie berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut, Umie memuat naik potongan video yang menunjukkan dia didukung oleh suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang turun dari tangga.

“Tak sampai seulas me makan cempedak.. bole kena serang angin sampai ke ulu hati. SubhanaAllah... sakitnya sampai tak bole bernafas.

“Kebetulan suami balik nak lunch , terus hantar me gi hospital,”tulisnya.

Bagaimanapun sakitnya itu tiba-tiba hilang sejurus tiba di hospital dan menurut Umie ia bukan pengalaman pertama dia diserang sakit sebegitu.

“Yang peliknya sampai hospital , doc check dan nurse baru nak bagi injection ..sakit me terus hilang. Me ckp tak perlu injection doc.. saya dah sihat.

“Sakit ni pernah terjadi kat penang pada tahun 2002 . Sakit beria2... sampai hospital terus baik. Angin kus kus kot.. Apapun Alhamdulilah... dah sihat.. dah balik umh. sumpah taknak mkn cempedak lagi !! Bye bye cempedak !! Terima kasih mendoakan kesihatan saya,” tulisnya.

Video tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mempunyai pengalaman yang sama dengan buah cempedak.

Selain itu, terdapat juga yang memuji suami Umie yang dianggap sweet dan penyayang.

Hmmm... tak sampai seulas me makan cempedak.. bole kena serang angin sampai ke ulu hati. SubhanaAllah... sakitnya sampai tak bole bernafas. Kebetulan suami balik nak lunch , terus hantar me gi hospital. Yang peliknya sampai hospital , doc check dan nurse baru nak bagi injection ..sakit me terus hilang. Me ckp tak perlu injection doc.. saya dah sihat. ? sakit ni pernah terjadi kat penang pada tahun 2002 . Sakit beria2... sampai hospital terus baik. Angin kus kus kot.. ? apapun Alhamdulilah... dah sihat.. dah balik umh. sumpah taknak mkn cempedak lagi !! Bye bye cempedak !! Terima kasih mendoakan kesihatan saya. ?

A post shared by umieaida ?? (@umieaida9) on