"Dulu-Dulu Raf Akan Jadi 'Body Double' Saya" - Peminat Keliru Adik Atau Abang, Datuk Fazley Akui Terhibur

Hiburan

Selebriti dan cef popular Datuk Fazley Yaakob akui terhibur apabila peminat sering keliru antara dia dan adik lelakinya, Raf Yaakob.

Malah, baru-baru ini terjadi insiden bila mana peminat mengucapkan tahniah kepadanya sempena khabar gembira apabila Mawar Rashid berbadan dua.

"Paling ketara apabila berita Mawar Rashid mengandung baru-baru ini viral, tapi orang ucapkan tahniah kepada saya pula.

"Saya tak boleh nak marah tetapi saya rasa kelakar dan terhibur pula.

"Cuma mungkin orang tak perasan, wajah kami sama cuma warna kulit berbeza. Seorang ikut bapa seorang ikut emak.

"Malah, suara pun sama. Kalau nak tahu selepas lagu Asmara Ini popular suatu ketika dahulu, adik saya akan jadi 'body double' saya.

"Kalau saya tidak dapat hadir, dialah yang anak naik ke pentas untuk menyanyi untuk saya dulu-dulu," cerita Fazley kepada Gempak.

Fazley ditemui pada sidang akhbar eksklusif Fun Taipei di Amba Songshang, Taipei, Taiwan baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Fazley bakal berkolaborasi merakamkan sebuah lagu bersama Raf dan Imran Ajmain tidak lama lagi.

"Disebabkan permintaan ramai, kami akan tunaikan hajat-hajat itu. Lagu ini kami bertiga ciptakan dan berkisarkan tentang percintaan," tambah Fazley.

Artikel Berkaitan