Nak Jadi Seperti Jaa Suzuran? Jom Sertai Digital Star ERA!

Hiburan
Nak Jadi Seperti Jaa Suzuran? Jom Sertai Digital Star ERA!
Jika anda fasih berbahasa Melayu, selesa bekerja di hadapan kamera dan memiliki personaliti yang menarik, terdapat berita baik buat anda. 

ERA sedang mencari bintang digital untuk menjadi pengacara TV dan wajah ERA yang baharu melalui kempen Digital Star ERA. 

Peserta Digital Star ERA akan berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM 5000 dan menjadi sebahagian geng ERAVENGERS. 

Peminat-peminat ERA yang ingin menyertai Digital Star ERA hanya perlu merakam sebuah video yang kreatif serta mempunyai ciri-ciri berkebolehan untuk viral, dan muatnaik ke laman sosial Instagram dengan tanda pagar #DigitalStarERAKDU dan #KDUEDU untuk melengkapkan penyertaan.

Lanjutan daripada kempen popular Penyampai Top ERA, Digital Star ERA akan memperlihatkan para peserta mengharungi pelbagai cabaran bagi memastikan bahawa mereka ini mempunyai daya tarikan unik untuk menjadi personaliti digital terkemuka dalam industri hiburan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai ERA dan kempen-kempen yang akan dianjurkannya, sila layari www.era.je atau ikuti ERA di laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter ERA

Artikel Berkaitan