Pelakon Rita Rudaini kecewa apabila ada netizen yang tidak berpuas hati dengan kemampuannya menjaga serta membesarkan kedua-dua anaknya dengan sempurna tanpa seorang bapa atau suami.
Rita meluahkan rasa kesalnya itu menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Sebelum itu, Rita meluahkan rasa hatinya yang menginginkan sebuah keluarga yang hidup bahagia, sederhana dan saling melengkapi.
Malah dalam luahannya menegaskan kemewahan tidak boleh membeli kebahagiaan dan kasih sayang.
“Sis (saya) cuma nak hidup kami satu family,bahagia,sihat,simple dan saling melengkapi...bagi sis,bila anak2 sihat,riang..itu lah kebahagiaan sebenar sis ....biar sederhana asalkan sihat walafiat dan gembira....kemewahan xbole beli kebahagiaan dan kasih syg...,” tulisnya.
Namun kenyataannya itu telah disalah anggap oleh sesetengah pengikutnya di IG yang memberi komen-komen negatif.
Rita yang membidas komen-komen itu memberitahu sepatutnya mereka memberi kata-kata semangat buatnya yang merupakan seorang ibu tunggal.
“Ada jugak org yang panas hati tgk saya bole besarkan ank2 sorg diri sampai dorg bole sekolah, bole hidup normal happy mcm kanak2 lain walaupon beza nya bapak xde ek..kenape nk panas sgt hati nk ungkit pasl bapak? konon lebih tau nawww lah perasaan ank2 sy drpada sy ibu mereka sendiri???!! ayoooyooo..
“Patutnya bagi semangat kt sy ibu tunggal or happy tgk budak2 ni elok je sy bg sekolah makan cukup serba serbi..ini sanggup nak pertikai ,sanggup buat ig fake! xpuas hati sy berjaya bela sorg2 tanpa bantuan duit dr sape2??! xpuas hati ank2 sy hidup cukup segalanya??!! xpuas hati tgk ank2 sy hepi??!! hidup sape yg kesian dan xhepi sebenarnya??!!! anda atau kami?!” tulisnya menerusi ruangan komen.
Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak pada 2008, namun bercerai pada September 2013.
Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, yang kini bawah jagaan Rita.
Syafiqah Jalal
Sat Sep 01 2018
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.