Selepas memberi reaksi yang luar biasa semasa menonton Super Spontan Xtravaganza (SSX), penonton pada minggu ketujuh telah menerima kejutan daripada pihak McDonald's (McD) Malaysia.

Penonton yang menyaksikan SSX di Dewan Percubaan UPM diberikan Ayam Goreng McD secara percuma.

Menerusi segment kelima SSX, Jamuan Cik Kiah, penonton yang hadir diberi peluang untuk merasai keranggupan sebenar ayam goreng McD apabila ada beberapa peserta SSX yang turun daripada pentas untuk memberikan ayam goreng tersebut kepada penonton yang havoc.

Ternyata pemberian yang diberikan itu mengejutkan ramai penonton yang hadir dan tidak menyangka akan menerima seorang sekotak ayam istimewa daripada McD untuk dibawa pulang.

Minggu ketujuh SSX menyaksikan Tomok diumumkan sebagai peserta daripada kumpulan Lobster Leleh yang disingkirkan.

SSX bersiaran secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Bertemakan ‘tukang masak’, SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej ‘tukang masak jalanan’ dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej ‘tukang masak di hotel’.

Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.

Setiap kumpulan akan dikritik dan diniali oleh dua juri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri jemputan.

SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.

Kepada yang tidak berpeluang untuk mendapatkan ayam goreng McD seperti penonton SSX secara percuma anda boleh mendapatkan ayam goreng McD di cawangan Mcd berdekatan anda atau memesan melalui McDelivery.

Jangan lepaskan peluang untuk membawa rakan-rakan dan keluarga untuk merasai ayam goreng McD yang lebih ranggup pada hujung minggu ini.