Penyanyi dan juri tetap Big Stage, Faizal Tahir akui kecewa dengan persembahan yang disampaikan oleh Ariff Bahran pada Ahad.
Menurut Faizal, dia mengharapkan sesuatu yang lebih untuk persembahan Ariff minggu ini namun hasratnya itu tidak kesampaian.
“Mestilah kecewa, saya dah selamatkan dia. Terus-terang saya katakan kita mahu beri peluang kepada orang tetapi kalau sampai dua kali nak kena selamatkan dan orang lain pula yang tersingkir tak bolehlah begitu.
“Sejujurnya saya agak kecewa dengan persembahan Ariff. Dia bukan tidak berbakat cuma malam ini persembahannya tidak sampai,” jelasnya.
Faizal Tahir ditemui selepas konsert Big Stage minggu kelima bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam.
Mengulas mengenai konsert minggu kelima, Faizal memberitahu prestasi tujuh bintang yang membuat persembahan agak menurun.
“Semua sedia maklum ini sudah masuk minggu kelima dan tinggal hanya tiga minggu saja lagi sebelum konsert final.
“Saya rasa mereka kena sedar masuk pertandingan ini bukan sebagai orang baru kerana mereka sudah menjadi artis.
“Jadi saya jangkakan ada peningkatan dan juga perkembangan mereka itu lebih cepat sedikit berbanding dengan orang lain.
“Rasanya penonton pun menjangkakan benda yang lebih bagus dan segar sebab ini adalah hiburan jadi orang mahukan hiburan.
“Tetapi secara keseluruhan untuk minggu ini saya akui prestasi mereka agak menurun. Sebab itu saya rasa peranan juri jemputan sangat penting dan akan menilai menerusi persembahan hari berkenaan sahaja.
“Manakala saya pula akan menilai menerusi persembahan mingguan mereka sejak dari konsert pertama lagi,” ujarnya.
Ariff Bahran telah diselamatkan daripada tersingkir dengan menggunakan imuniti juri tetap Faizal Tahir pada konsert minggu keempat.
Dalam pada itu, Faizal Tahir juga turut mengumumkan pusingan battle di antara kesemua bintang untuk minggu hadapan.
Kumpulan pertama terdiri daripada Sarah Suhairi vs Ariff Bahran, kumpulan kedua ialah Syafiq Farhain vs Baby Shima manakala kumpulan terakhir adalah Afieq Shazwan vs Wani Kayrie.
Selepas Tajul diumumkan sebagai bintang tersingkir, tinggal hanya enam bintang yang meneruskan perjuangan.
Mereka adalah Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Syafiq Farhain, Baby Shima dan Wani Kayrie.
Big Stage ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh Tiktok ini disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Big Stage juga boleh ditonton melalui platform digital, Astro GO dan 'on demand'.
Layari laman web www.bigstage.com.my untuk informasi terkini mengenai program ini.
Mya Amri
Tue Sep 04 2018
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.