Pelakon dan pengacara Hafizul Kamal melawan rasa takut terhadap ketinggian untuk menjayakan watak dalam filem PASKAL The Movie.

Memegang watak sebagai anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Hafizul mengakui karakter yang dibawanya mencabar.

"Tidak mudah untuk membawakan watak sebagai seorang anggota PASKAL. Pelbagai persiapan yang perlu saya lakukan sebelum melangkah ke set penggambaran.

"Saya merupakan seorang yang gayat dan mempunyai perasaan takut kepada ketinggian. Namun begitu, untuk filem ini, saya menyahut cabaran untuk mengatasi ketakutan saya.

"Pengalaman 'terbang tinggi' di udara ketika menaiki helikopter yang melakukan aksi 'stunt' membuatkan saya cuak! Rasa kecut perut tetapi akhirnya saya berjaya melawan perasaan terbabit," katanya.

Diadaptasikan dari kisah benar, PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan pasukan elit itu dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Selain Hafizul, filem itu dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Gambit Saifullah, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem ini yang bakal ditayangkan bermula 27 September ini!

Tgk muka @hafizulkamal , bergaya betul bersama senjata hebat ni! • #PASKALTheMovie #SentiasaYangTerbaik #SayangiMalaysiaku #atfproduction

A post shared by PASKAL The Movie (@paskal_themovie) on

. Sidang Media 'PASKAL THE MOVIE' berjalan lancar. Terima Kasih kepada semua media yg hadir hari ni. Jangan lupa saksikan #paskalthemovie di pawagam pada 27th September 2018 #SayangiMalaysiaKu #SentiasaTerbaik #atfproduction

A post shared by PASKAL The Movie (@paskal_themovie) on

Inilah official trailer #PASKALTheMovie yg dinanti-nantikan! Bersedia tgk filem yang bakal menggegarkan pawagam Malaysia 27 Sept ni. (Full YouTube link @ IG Bio) • #SentiasaYangTerbaik #SayangiMalaysiaku #atfproduction

A post shared by PASKAL The Movie (@paskal_themovie) on