Menerusi laman Twitter, pelakon, penulis skrip dan pengarah Namron atau nama sebenarnya meluahkan rasa kecewa tentang penerimaan masyarakat terhadap filem terbarunya, One Two Jaga yang baru ditayangkan di pawagam baru-baru ini.

Menurut Namron, filem arahannya itu kurang mendapat sambutan dari penonton dan peminat filem tempatan, selain itu dia turut menyatakan dirinya berasa tertipu dengan janji-janji manis sesetengah pihak sebelum filem itu ditayangkan.

"Kalau lihat di media sosial, ramai yang cakap akan 'support', dah lama menunggu filem ini, filem wajib tonton dan bermacam lagi tapi apabila filem ini ditayangkan, panggung kosong tiada orang.

"Baru saya sedar diri telah terpedaya dengan kata-kata manis, mungkin selepas ini saya buat filem porno, mungkin itu yang rakyat Malaysia mahu," tulisnya.





Selain itu, Namron turut menjelaskan filem yang dihasilkan bukan untuk meraih anugerah, sebaliknya untuk dipertontonkan kepada masyarakat memandangkan jalan ceritanya mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.