Inilah 'Fatimah', Pemanggil Wanita Misteri Yang Bikin Cuak Johara Pagi ERA

Hiburan
Inilah 'Fatimah', Pemanggil Wanita Misteri Yang Bikin Cuak Johara Pagi ERA
Kecoh Rabu apabila seorang pemanggil wanita bersuara garau seolah-olah sedang dirasuk menghubungi Johara Pagi ERA.

Memperkenalkan dirinya sebagai Fatimah, panggilan itu disifatkan netizen sangat menyeramkan hingga rakaman perbualan pagi itu tular di media sosial.

Malah, ada antara netizen yang ingin mengenali individu sebenar di sebalik suara itu.
Enggan terus berteka-teki, penerbit Johara Pagi ERA, Azah Shahrin segera menghubungi semula wanita itu untuk dijemput ke konti ERA pagi tadi.

"Actually kami buat topik, kalau anda boleh buat filem seram, anda nak buat filem pasal hantu apa? 

"Kemudian, ada seorang pendengar berkongsi voice note suara hantu di Whatsapp Digi Era. 

"Jadi, saya menghubungi dia, menyuruh dia berborak dengan Johara. 

"Dan ketika sedang berborak dengan Johara memang dia in character. Dia buat suara hantu. 

"Apabila sudah viral kami menjemputnya ke konti hari ini," katanya kepada Gempak.

Azah turut menafikan kejadian yang berlaku itu satu gimik.

"Ia bukanlah satu gimik atau prank. Ini memang real caller. Dia cuma in character je," tambahnya.

Topik filem seram menjadi bualan hangat masa kini berdasarkan kejayaan filem Hantu Kak Limah dan Munafik 2 baru-baru ini.

Dalam pada itu, Gempak difahamkan Nurul Aida Zulkifli merupakan nama sebenar wanita viral itu.
 
 


 
 
 







 

Artikel Berkaitan