“Comelnya, Hidung Mancung” – Adira Dedah Wajah Anak Kedua

Hiburan
“Comelnya, Hidung Mancung” – Adira Dedah Wajah Anak Kedua
Penyanyi Adira Suhaimi akhirnya mendedahkan wajah anak keduanya yang lahir pada 9 September lalu.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Adira turut memperkenalkan nama puteranya itu dengan menggunakan hashtag #asan.

Foto itu telah dikongsi dengan menggunakan kapsyen ringkas, “Assalammualaikum” semalam.
 
Terdahulu, Adira telah menjalani pembedahan Caesarean atau LSCS untuk kelahiran anak keduanya.

Adira dan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan nama Datuk Red telah berkahwin pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anggrek pada 10 Mac 2017.

Artikel Berkaitan