Pelakon Ashraf Muslim akhirnya mendedahkan wajah dan nama puteri bongsunya yang telah selamat dilahirkan seminggu lalu.

Memperkenalkan anak bongsunya sebagai Safiyyah Ashraf Mohd Ashraf, majlis tahnik ringkas turut diadakan bersama Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid semalam.

"Memperkenalkan seorg lagi puteri ayah, Safiyyah Ashraf Mohd Ashraf.

"Alhamdulillah selesai majlis tahnik oleh Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid.

"Terima kasih kerana sudi mentahnik anak saya. Semoga anak kecil saya ini menjadi anak yg solehah dan berakhlak mulia serta dipandang tinggi oleh Allah swt.

"Semoga kehadiran Safiyyah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yg terjalin selama ini.
Ayah, mama, ibu, kakak dan abang-abang sayangkan Safiyyah," tulisnya.

Assalammualaikum.. Memperkenalkan seorg lagi puteri ayah, SAFIYYAH ASHRAF BINTI MOHD ASHRAF . Alhamdulillah selesai majlis tahnik oleh Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid. Terima kasih kerana sudi mentahnik anak saya. Semoga anak kecil saya ini menjadi anak yg solehah dan berakhlak mulia serta dipandang tinggi oleh Allah swt. . Semoga kehadiran Safiyyah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yg terjalin selama ini. Ayah, mama, ibu, kakak & abg2 sayangkan Safiyyah . Doakan yang indah2 untuk keluarga AM yea. Salam Awal Muharram dari AM sekeluarga. . . This is my legacy ? #SarahAshraf #AdamAshraf #AnasAshraf #SafiyyahAshraf . . #salamsayangsampaikesyurga @ashrafslegacy @ashrafmuslimsmuayyid

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on


Safiyyah merupakan anak ketiganya bersama isteri kedua, Wan Sakinah.

Terdahulu, bersama Noor Dayana, Ashraf atau nama sebenarnya, Muhd Ashraf Muslim, 37, dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Anas Ashraf yang kini berusia tiga tahun.

Bersama Sakinah pula, perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran Sarah Ashraf, 4, dan Adam Ashraf, 3.