Berita baik kepada ibu bapa di luar sana! Inginkan kelainan untuk meluangkan masa bersama anak-anak?

Nah! Kalau begitu apa kata anda bawa anak-anak berhibur bersama Pinkfong dan Baby Shark di Dewan Plenary, Pusat Konvesyen Kuala Lumpur.

Yang sebenarnya karakter rubah berwarna magenta dan ikan yu comel tersebut sudah pun berada di Kuala Lumpur sejak 7 September lalu untuk mengadakan persembahan ‘Pinkfong Baby Shark Live Musical’.

Pinkfong dan Baby Shark datang dari Korea semata-mata untuk menghiburkan anak-anak secara ekslusif selama 65 minit.

Persembahan muzikal secara langsung ini menampilkan persembahan muzikal asal seperti yang dipentaskan di Korea termasuklah barisan penuh pelakon serta krew yang terlibat.

Pinkfong Baby Shark Live Musical sudah mula dipentaskan sejak 8 September lalu dan akan berada di Kuala Lumpur hingga 16 September (kecuali 12 September) ini.

Difahamkan mereka mengadakan tiga buah persembahan dengan pelbagai lagu menarik termasuklah lagu hit, “Baby Shark”, “The Lion” dan “Jungle Boogie”.

Setakat ini konsert muzikal anjuran Astro dan SmartStudy Co., Ltd., mendapat sambutan yang memberangsangkan serta turut mencatat jualan tiket luar biasa.

Sebelum ini watak Pinkfong dan Baby Shark, telah mencetuskan fenomena sehingga di peringkat global apabila tarian serta nyanyian ‘Pinkfong Baby Shark’ menjadi tular dan meraih lebih 3 bilion tontonan atas talian.

Pinkfong dan Baby Shark pernah meluangkan masa dan beramah mesra bersama peminat di Malaysia semasa acara ‘Fun Escapade’ pada Disember 2017, ‘Dive into the World of Pinkfong’ pada Mac 2018 dan ‘Dive into the World of Pinkfong’ pada April 2018.

Malaysia adalah negara pertama selepas Korea yang menganjurkan ‘Pinkfong Baby Shark Live Musical’ dengan barisan penuh pelakon dan krew asal dari Korea.

Kepada yang ingin menonton, jangan lepaskan peluang menyaksikan debut antarabangsa pertama Pinkfong Baby Shark Live Musical!

Dapatkan tiket ke muzikal ini dengan lebih awal menerusi pembelian secara atas talian di www.pinkfong.com/musicalmalaysia2018.

Pembelian pada hari yang sama pula boleh dilakukan dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang di Box Office, Aras G, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Kategori tiket dan harga adalah seperti berikut: RM228 (VVIP), RM138 (VIP) dan RM88 (PS1).