Dedah Pernah Jadi Pembaca Berita, Peminat Fitri Haris Terkejut

Hiburan
Dedah Pernah Jadi Pembaca Berita, Peminat Fitri Haris Terkejut
Penyanyi Fitri Haris mendedahkan pernah menjadi penyampai berita di sebuah stesyen televisyen pada lima tahun lalu.

Fitri yang merupakan juara Gema Gegar Vaganza 2018 (GGV2018) itu memberitahu jika dia bukan seorang penyanyi, mungkin itulah kerjayanya sekarang.

“5 years ago, training news reader RTM, kalau tak dah jadi pembaca pembaca berita dah agaknya… Tapi abam (saya) pilih sambung study PhD at UK 🇬🇧 ..

“Bila fikir-fikir semula.. macam-macam benda dah saya buat dalam industri ini  mengacara nyanyi ceramah baca berita komposer producer etc..

“Tak berhenti bekarya, ada yang orang terima ada yang orang tahu ada yang krik2.. tapi falsafah hidup saya ni walaupun krik2.. ada manfaat untuk seorang pun dah syukur.. walaupun yang suka tu anak buah saya sendiri.. tu pun dah happy,” tulisnya.

Fitri berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Bekas ahli kumpulan UNIC itu turut memuat naik fotonya sedang membaca berita.

Rata-rata pengikutnya terkejut dengan perkara tersebut dan memuji bakat yang dia ada.
 
 

Artikel Berkaitan