Cabaran Kontrol Macho semakin popular di laman sosial, terutama di Instagram.

Ia mula popular apabila terdapat ramai artis memuat naik video mereka menyahut cabaran makan MAGGI Pedas Giler dengan pelbagai ekspresi muka.

Antara artis tersebut adalah Mawar Rashid, Raf Yakoob, Fattah Amin, Janna Nick, Alvin Chong, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

Menariknya dalam Cabaran Kontrol Macho ini, mereka perlu makan MAGGI Pedas Giler dengan syarat-syarat seperti perlu kontrol ekspresi muka, tidak boleh buat sebarang bunyi, tidak boleh minum air dan perlu habiskan semangkuk MAGGI Pedas Giler.

Ternyata sukar untuk mereka menyahut cabaran ini kerana ia memang pedas giler.

Gelagat selebriti-selebriti yang menyahut cabaran ini sangat lucu dan menghiburkan dengan muka-muka ‘pedas giler’.

MAGGI Pedas Giler ini memang sesuai dengan ‘tekak’ orang Malaysia dan semestinya menampilkan rasa yang pedas lagi lazat.

Terdapat dua perisa iaitu Ayam Bakar dan Tom Yummz. Kepedasannya terhasil dari cili padi dan memang rasanya cukup KAW!

Kalau korang BERANI, sahutlah Cabaran Kontrol Macho ini & muat naik video korang di Instagram dengan hashtag #cabarankontrolmacho #maggipedasgiler #pedasgiler