Lebih dikenali menerusi filem Pearl Harbor dan Elektra termasuk drama TV popular, Alias, kali ini aktres jelita Jennifer Garner kembali menerusi sebuah drama komedi terbaru berjudul Camping.

Aksi pelakon popular itu yang bakal disiarkan secara eksklusif menerusi HBO pada 15 Oktober nanti menyaksikan dia membawakan watak Kathryn McSorley-Jodell iaitu seorang ibu dari Los Angeles yang mempunyai suami yang juga seorang bapa penyayang.

Apa yang menarik perhatian dalam hubungan suami isteri ini adalah bagaimana wanita itu merancang mahu meraihkan hari jadi suaminya ke-44 dengan melakukan ativiti perkhemahan.

Ia bukan hanya kisah mereka berdua tapi membawa cerita sekumpulan rakan lama yang tiba di Tasik Brown Bear untuk berkhemah dan menyambut hari jadi Walt lakonan David Tennant.



Menariknya, aktiviti ini membangkitkan emosi mereka dan kenangan yang tidak boleh dilupakan.

Drama sebanyak 8 episod ini turut disiarkan serentak di Amerika Syarikat dan Malaysia pada 15 Oktober ini jam 10 pagi.

Ia boleh ditonton menerusi HBO saluran 411 dan 431 HD serta boleh ditonton d HBO On Demand (Astro Go).

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: HBO Asia