Tanggal 14 September merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan yang kelima penyanyi Hanifah Md Hanafiah atau lebih dikenali Black bersama isterinya, Naquia Yasirah.

Menerusi Instagram (IG) milik Black, dia telah memuat naik satu foto bersama isteri dan anaknya beserta ucapan ulang tahun perkahwinan.

"Happy anniversary sayang @cirakhairy..pejam celik dah 5 tahun.

"Pejam celik dah sorang anak..Pejam celik nak masuk 2 anak.

Happy anniversary sayang @cirakhairy .. pejam celik dah 5 tahun.. pejam celik dah srg anak.. pejam celik nak masuk 2 anak..pejam celik lepas ni ready utk anak ke tiga k.. ?? love u .. n tq @moreiragift cantik bunga n deco.. dayyan nak sengat sape tu? ?? #nivalel #nimemangviral #nyawablack #blackpirlo #pumamalaysia #pumamy #pumafriendsmy #5yearsanniversary

A post shared by #NYAWABLACK @cirakhairy (@black.hanifah) on


"Pejam celik lepas ni ready untuk anak ketiga ok.. Love you," seloroh Black.

Rata-rata artis dan peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun perkahwinan serta mendoakan kebahagiaan mereka.

"@acheykintangkintung: Moga keluarga ini dilimpahi rahmat."

"@izzueislam: Happy anniversary @blackhanafiah @cirakhairy."

"@aer_uu: Happy anniversary..moga dirahmati Allah sentiasa dan bahagia ke jannah."

"@adyman76: Tahniah semoga bahagia selamanya."