“Reminder Untuk Yang Masih Ada Suami…”- Nora Ariffin

Hiburan
“Reminder Untuk Yang Masih Ada Suami…”- Nora Ariffin
Penyanyi Nora Ariffin telah memberi ingatan kepada semua wanita yang bergelar isteri dan masih mempunyai suami supaya menjaga pasangan mereka sebaik mungkin.

Nora atau nama sebenayra Wan Norafizah Ariffin, 45, memberitahu isteri sering alpa untuk meminta maaf kepada suami.

Bagaimanapun, isteri kepada komposer arwah Johan Nawawi  itu berkata dia bersyukur kerana suaminya telah memaafkannya di dalam pelukkan terakhir sebelum pergi buat selamanya.

“Reminder untuk yang masih ada suami. Jagalah suami sebaik mungkin.

Kita isteri yang sering alpa..... Alhamdulillah pelukkan terakhir arwah suamiku memaafkan aku dunia dan akhirat...Terima kasih Allah......Terima kasih sayang,” tulisnya.

Penyanyi lagu Desa Tercinta itu berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Sementara itu, Nora turut berkongsi sedikit tulisan daripada seorang penulis berjudul Syurga Seorang Isteri.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Reminder utk yg masih ada suami. Jagalah suami sebaik mungkin. KITA ISTERI YANG SERING ALPA..... Alhamdulillah pelukkan terakhir arwah suamiku memaafkan aku dunia dan akhirat...Terima kasih Allah......Terima kasih sayang ... Dari: Fauziah Hashim: Tajuk: SYURGA SEORANG ISTERI Dugaan paling besar adalah bersabar. Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tidak sengaja. Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya! Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa. Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita. Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya! Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita. Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

 
Johan meninggal dunia pada 24 Mac tahun lalu.

Artikel Berkaitan