Menerusi sebuah entri di Instagram, penyanyi Fynn Jamal meluahkan pengalaman dan susah payah membesarkan anak lelakinya, Bakti Arjuna Fitri yang menghidap penyakit autisme.

Di entri tersebut, Fynn memuat naik sebuah video lelaki autisme yang didakwa memegang dada seorang wanita dan mengaitkan perkara itu dengan situasi yang berlaku terhadap dirinya.

"Sebab inilah saya tak bawa Juna ke taman permainan dan tak beri kebebasan penuh terhadapnya, sebab ini jugalah saya tak biasakan 'playdate' dengan kanak-kanak lain, saya lebih suka dia lakukan aktiviti secara berseorangan kerana dia menghidap autisme dan kurang upaya untuk berfikir.

"Ada juga pihak yang cuba memberi tunjuk ajar dan pantang larang kepada kami, cubalah 'handle' sehari tengok larat atau tidak," tulisnya.

Penyanyi lagu Arjuna Beta ini turut memohon maaf jika nada yang disampaikan dalam entri tersebut kedengaran sedikit kasar dan menjelaskan video tersebut benar-benar meninggalkan kesan untuknya.