Pelakon Zarina Zainuddin sememangnya dikenali sebagai ibu yang sabar dan penyayang membesarkan dua orang anak kembar autisme.

Terbaharu, Zarina memuat naik video di Instagram (IG) yang menunjukkan salah seorang anak kembarnya bernama Muhammad Raizal Azrai Azal sedang mengamuk kerana mahu berkahwin.

“Azal nak kahwin!” jerit Azal dalam rakaman video tersebut.

Zarina dengan nada suara yang lembut memujuk anaknya supaya bertenang.

Rata-rata pengikut IG Zarina kasihan melihat seorang anak autisme yang tidak dapat menahan keinginan untuk berkahwin seperti manusia normal.

Selain itu, ramai juga yang bangga melihat kesabaran Zarina melayan serta menenangkan anaknya itu.

Selain Azal, Zarina turut mempunyai seorang lagi anak kembar autisme bernama Muhammad Razil Azrai atau lebih dikenali dengan nama Azil.

Azal nak kawin ? Azil ngamuk azal pun menjangkit ngamok Nak pisahkan keduanya saya tak sanggup. #azalazil #autism #autismawareness

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

#part2 #azalnakkawin #autism #autismawernes

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on