Bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi menjelaskan berat badannya semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Abby mahu mencari seseorang yang boleh membantunya dalam menurunkan berat badannya sebanyak 30 kilogram dengan cara yang sihat tanpa mengambil sebarang ubat-ubatan.

"Nak kurus taknak gemok. Ok. Siapa boleh tolog saya kurangkan 30kg dalam masa sebulan, saya belanja dia pergi Sabah.

"Dengan ketinggian 165 takda la nampak macam saya boyak sangat, tapi saya tak pernah segemuk ni dulu. Bukan sebab beranak wak. Bukan! Dulu lepas bersalin baby besar kita, berat kita masih dalam kawalan tau.

"Siap berjimba sana sini lagi, jeans size 28 lagi hokey. Sekarang je terlebih muatan. Anak pertama sampai anak ketiga, saya berjaya lagi menjaga badan.

"Dua atau tiga tahun kebelakangan ni. Asyik nak makan nasi je kerja, pastu dah tengah-tengah malam, bawak pulak naik teh tarik dan biskut. Saya pantang tengok, Suami tanya je nak sayang. Laju je saya bangun.

"Sekarang badan dah cam badak. Padanlah muka saya. Tolonglah, tapi jangan suruh saya beli ubat/pill pelik-pelik. Saya takut. Makan-makan nanti, keras tetiba, siapa nak jaga anak-anak saya? huhu," tulisnya.

Nak kurussss taknak gemo.OKk?? . Siapa buleh tlg Sy kurangkan 30kg dalam masa sebulan, Sy belanja dia gi Sabah hehehe ? . Dengan ketinggian 165 takde la nampak mcm Sy boyak sangat.. tp Sy tak pernah segemuk ni dulu. Bukan sebab beranak wak.. bukan! Dulu lepas bersalin Baby besar kita, berat kita masih dalam kawalan tau hehe.. Siap berjimba sana sini lagi, jeans size 28 lagi hokey ? Skrg je terlebih muatan ?? . Anak pertama sampai anak ketiga, Sy berjaya lagi menjaga badan. 2/3tahun kebelakangan ni.. makin2 huhu.. Suami @jaiezzany punya salah. (sdap menyalahkan org ???) Asyik nak makan nasi je kerja hehe.. pastu dah tengah2 malam, bawak pulak naik teh tarik + biskut. Sy pantang tengok? Suami tanya je nak sayang.. laju je sy bangunnnnnn hahahhaa ?? . Skrg badan dah cam badak. Padanlah muka Sy.. Tolonglahhhh... tp jangan suruh Sy beli ubat/pill pelik2. Sy takut. Makan2 nnti, keras tetiba, siapa nk jaga anak2 Sy? huhu... Mari tolong.... tapi Sy pilih yg betul enjoy nk menolong sampai Sy kurus, pastu kita ke Sabah.. "buleh bah kalau ko" haha ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on


Rata-rata menyokong Abby dalam menurunkan berat badannya dan berharap dia tidak berputus asa untuk mencapai berat yang ideal.