Perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan pilihan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menentang Dugong All Stars sempena program Jelajah Belia Sayangi Malaysiaku berlangsung dengan jayanya di Stadium Muar pada Sabtu lalu.

Menerusi penentuan penalti, pasukan Saddiq berjaya memenangi perlawanan dengan skor 4-3.

"Penonton sekitar Muar yang turun padang hadir membuatkan saya dan pasukan lebih bersemangat. Berkobar-kobar!" kata Saddiq kepada HLive.

Menjadi 'top scorer' untuk pasukannya, Saddiq sendiri sudah tidak mengingati bilakah kali terakhir dia bermain bola sepak di padang.

"Sejujurnya, saya sendiri tak ingat bila kali terakhir saya bermain bola sepak di padang. Selalunya, saya bermain futsal.

"Mungkin selepas ini saya boleh 'repeat' lawan futsal dengan team Johara," katanya lagi.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Foto: Instagram @era.je & @syedsaddiq

Perlawanan persahabatan diantara @dugongallstars dan Team Pilihan saya di Stadium Muar pagi tadi. . Terima kasih kepada @era.je dan juga team @dugongallstars kerana sudi bertandang ke Muar. Juga terima kasih kepada semua yang turut menjayakan perlawanan ini, pihak penganjur dan terutamanya orang Muar yang sporting datang beramai-ramai untuk berikan sokongan. Terima kasih semua! . P/s Bila next game? ? . #MuoMutiaraJohor #YouthPower

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

Ramai orang Muar datang ! Cayalah ! #ybssvsdugong

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Happy team pilihan YB @syedsaddiq sebab menang game bola harini ! Hehe #YBSSVSDugong

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Semua pemain @dugongallstars ! #YBSSVSDugong

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Manisnya senyuman tiga jejaka ni hihi @haniff_hamzah YB @syedsaddiq dgn @radin_era #YBSSVSDugong

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on