Penyanyi dangdut Mas Idayu mendedahkan telah kehilangan wang dalam jumlah wang yang banyak dalam akaun simpanannya.

Mas Idayu berkata dia musykil bagaimana wangnya boleh dikeluarkan menerusi mesin pengeluaran automatik (ATM) sedangkan dia tidak berbuat demikian.

“Ini kejadian kali kedua, pertama dulu saya hanya sekat dan tukar nombor pin baru.

“Tapi masih berlaku, bagaimana satu kad boleh ada orang kedua buat pengeluaran?

“Kad (ATM) ini sudah ditutup selepas saya buat laporan tentang kehilangan duit yang terlalu banyak.

“Pengeluaran terakhir pada 11 September kerana 12 September adalah hari jadi anak saya dan 13 September saya tidak keluar ke mana-mana.

“Tapi saya dimaklumkan ada empat kali pengeluaran dilakukan dalam jumlah beribu-ribu ringgit.

"Kad ini hanya satu dan pada saya, bagaimana orang lain boleh keluarkan melalui kad lain di ATM bukan secara online. Mereka keluarkan di mesin ATM Meps yang sukar untuk dikesan," tulisnya.

Ini kejadian kali ke dua ,kejadian yang pertama dulu mmy hanya block card dan tukar new pin num , tapi kali ini masih lagi berlaku,, bagaimana satu card boleh ada orang kedua buat pengeluaran?? ?? anda rasa dari pihak mana yang punya kerja,?? cimb atau orang luar? kita tunggu meps cctv ,kerana pada 13sept 9:25 malam berlaku pengeluaran... Hari itu mmy tidak kemana mana . Untuk pengetahuan kita tak dapat mengesan pengeluaran itu dimana kerana pengeluaran itu di buat di atm selain CIMB , bermakna ATM lain selain CIMB ,, berhati hati ya buat sesiapa yg pernah terkena semoga pihak polis berjaya membentras gejala ini... Share dari mmy ??

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001) on


Pelantun lagu Senggol Senggolan Cubit Cubitan itu meluahkan rasa tidak puas hatinya menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Mas sudah membuat laporan polis dan sedang menunggu hasil siasatan polis dan rakaman kamera litar tertutup di ATM yang dikeluarkan.

Justeru dia meminta orang ramai berhati-hati dengan perkara tersebut.