Pelawak Saiful Apek mengakui sedih apabila semakin ramai kenalannya yang sudah meninggal dunia.

Menerusi entri di Instagram, Apek berkongsi sekeping gambar yang menjadi tanda tanya dalam kalangan pengikutnya.

"Sedih sangat bila semakin ramai yang mati, bila mereka meninggal dunia.

"Tapi terasa lebih-lebih teramat sedih bila semakin ramai juga yang mati, walaupun masih menghuni dunia.

"It's not about how we start, but it's how we finish." semoga dalam Husnul Khotimah.

"It's a long journey between a human being and being human." tulisnya.

sedih sgt bila semakin ramai yg mati, bila mereka meninggal dunia. tapi terasa lebih2 teramat sedih bila semakin ramai juga yg mati, walaupun masih menghuni dunia. • "it's not about how we start, but it's how we finish." semoga dalam Husnul Khotimah. آمِّينَ • "it's a long journey between a human being and being human."

A post shared by SAIFUL APEK ®™ ?? (@saifulapek) on


Rata-rata pengikut bersetuju dengan apa dikatakan oleh Apek walaupun apa yang ingin disampaikan itu membawa pelbagai maksud tersirat.

"@ciknanaofficial:Gambar tu deep. Manusia ni jasad je hidup tapi hati dan otak dah mati tak perasankn bang. Bak kata abg, bersangka baik sudah laa eh. Biarkan saja mereka. Saya faham ape abang maksudkan."

"@asyraafskuadikhwan: Benar bang, ramai yang telah mati walau masih hidup. Tiada lagi kasih sayang sesama insan dan makhluk."

"@raff_rafizul: Kadang-kadang manusia ni dia hidup, tapi hati dia mati. Tak ingat dunia ni sementara, tak ingat pada pencipta. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Be happy and healthy always @saifulapek."