Tanggapan orang ramai terhadap bekas banduan semangnya sukar diterima tetapi penyanyi Boh Sharif membuktikan dia tidak malu berkongsi kisah hitamnya di dalam penjara kepada umum ketika mempromosikan single terbarunya, Tinggal Sejarah.

Akuinya, lagu ciptaan sendiri pada tahun 2000 itu membawa kisah dirinya yang insaf ketika berada dalam tirai besi dan lebih istimewa ilham itu datang ketika dia berada dalam tahanan sel gelap selama 2 minggu.

Penyanyi berasal dari Singapura ini dijatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun dan 15 sebatan atas kesalahan mengedar dadah.

Berbeza dengan segelintir penyanyi tempatan yang pernah menjalani hukuman penjara akibat najis dadah tetapi tidak gemar untuk berbicaranya lebih lanjut, penyanyi berusia 52 tahun ini pula lebih terbuka untuk bercerita pengalaman silam pernah menganggotai kumpulan gangster dan memeras ugut orang awam.

"Alhamdulillah lagu saya dapat di terima oleh golongan tua dan muda. Saya amat berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana dapat menerima lagu Tinggal Sejarah ini," katanya kepada Astro Gempak.

Boh sebelum ini pernah berkongsi kisah pengalamannya disebat dalam penjara yang cukup memeritkan. (Baca lagi: "Kita Bagi Semangat Kena Rotan Tak Sakit, Jangan Terpekik Bila Kena!" - Boh Sharif)

Ujarnya, ramai yang dapat menerima kehadirannya semula kerana orang lain tahu dia cuma ingin berkongsi pengalaman sendiri dan tidak lebih daripada itu.

"Saya bukan nak bangga atau menunjuk-nunjuk yang saya ini kuat atau 'terror' macam orang cakap.

"Tujuan saya cuma nak berkongsi sejarah hidup saya buat satu pengajaran dan tauladan terutama kepada genarasi muda masa kini agar tidak terjebak dengan kancah dadah dan ingatlah orang yang kita sayang sebelum melakukan pekara yang tidak diingini. Jadikan, saya sebagai contoh," katanya.

Baginya, dia menghormati pendirian segelintir artis Malaysia yang tidak mahu berkongsi kisah hitam seperti ini berkemungkinan mempunyai sebab tertentu.

"Rakan-rakan saya dahulu tak pernah hubungi saya kerana banyak yang tak ada nombor telefon saya. Kebanyakan mereka juga rasanya tahu yang saya mula menyanyi dan berkongsi pengalaman bersama rakyat Malaysia.

"Saya bersyukur kerana banyak respons daripada pendengar yang menyokong yang menyokong dan memberi kata-kata semangat termasuk menerusi media sosial seperti Facebook dan Instagram," katanya.

Selepas muncul dengan single tersebut, anak kepada komposer Ahmad Wan Yet juga kini sedang menyiapkan klip video lagu itu dan masih terbabit dengan agenda promosi di seluruh Malaysia dan Singapura.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Facebook - Sharif Mohamad