Bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid, Intan Salleh telah berkongsi foto dan video dirinya bersama keluarga bekas suaminya menerusi entri di Instagram.

"Sebelumnya aku sedih... Tapi sekarang bersyukur sebab semua kembali seperti biasa.

Sebelumnya aku sedih.. Tapi sekarang bersyukur sbb semua kembali seperti biasa?.. Tq mak, along 'n semua dtg ziarah umah kami..biarlah org ckp terhegeh2 dgn family ke ape..sbb mmg xde masalah.. So berbaik itu lagi bagus kan.. Dr bermusuh.....?? #kamiok #family #alhamdulillah #normallife #cakapyangbaikbaik #pikiryangbaikbaik @saramusykirah @abbyswahid @fadillahsheikhabdullah

A post shared by doubleA? (@__iiiintan.saleh) on


"Thank you mak, Along dan semua yang datang ziarah rumah kami... Biarlah orang cakap terhegeh-hegeh dengan family ke apa.

"Sebab memang tiada masalah... So berbaik itu lagi bagus kan. Dari bermusuh," tulis Intan.

Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju serta memuji dengan tindakan Intan kerana masih mengekalkan hubungan yang baik dengan keluarga mertuanya.

"@farra_linda: Takde istilah bekas mertua even dah berpisah..Hubungan tu memang akan kekal sampai bila-bila..So memang tak salah pun hubungan intan dan family mertua kekal macam dulu..Kalau ada yang jeles tu, maknanya dia ada penyakit hati."

"@anom510: Kan bonda. Kenapa kita nak bermusuh dan putuskan hubungan yang baik. Walaupun hanyalah bekas family mertua, tapi kita tetap saudara sesama islam. Yang baik kita kekalkan."

"@noorainayusoff: Salah tu sesiapa yang cakap terhegeh-hegeh..Hubungan bonda dan ibu mertua tetap sama..Yang putus hanya dengan suami."

"@hidayah1707: Walaupun dah mati dah bercerai. Hubungan antara ibu dan bapa mertua adalah mahram kekal..Buat la baik dan kekalkan hubungan, orang akan lebih menghormati kita."

"@epalgebuu: Takde makna terhegeh-hegeh ke apa..Dah tentu anak-anak Intan tu cucu mak..Anak buah pada adik beradik si ude..Kuat tu pertaliannya..Biar je la orang nak mengata..Stay cool & jaga hubungan baik dengan semua orang je."