Bintang GegarVaganza 5 (GV5), Amelina menjelaskan lelaki yang dikenali sebagai ‘D’ itu bukan merujuk kepada bekas suaminya.

Kata Amelina, hubungannya dengan lelaki itu hanyalah sekadar kawan.

“Dia bukan bekas suami tetapi orang lain. Buat masa ini saya hanya berkawan tak manis rasanya untuk berbicara lebih mengenai perkara itu.

“Saya seorang ibu tunggal jadi bila berkawan pun saya kena fikirkan tentang keselesaan anak-anak itu yang paling utama.

Amelina ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan 12 bintang GegarVaganza 5 bertempat di hotel Palace of The Golden Horses pada Rabu.

Bagaimanapun kata Amelina buat masa ini dia hanya mahu memberi tumpuan terhadap kerjaya dan tidak mahu terburu-buru memikirkan tentang perkahwinan.

“Dia cepat mesra dan anak-anak pun selesa mungkin kerana dia mempunyai sifat kebapaan.

“Namun jangan fikir lain pula kerana kami hanya berkawan. Lagipun fokus saya sekarang ini lebih kepada kerjaya,” jelasnya.

Terdahulu, tindakan anak sulungnya, Puteri Nur' Athirah memuat naik foto di Instastory menimbulkan tanda tanya mengenai status terkini penyanyi itu.

Lebih-lebih lagi apabila Athirah mengucapkan terima kasih dan menggunakan panggilan ‘D’ dipercayai singkatan untuk Daddy kerana meluangkan masa bersama mereka sekeluarga.

Sebelum ini, Amelina dan suaminya, Reduan Mahmood mendirikan rumah tangga pada 20 Mei 1999.

Hasil perkahwinan dengan usahawan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Puteri Nur’ Athirah, 17, Putera Al’ Affiq, 16, Putera Al’ Asyraff, 15, Puteri Nur’ Asyurah, 13, Putera Al’ Arffa, 11 dan Putera Al’ Amzar, 8 tahun.

Pasangan itu dilaporkan bercerai pada 2014.

GV5 akan bersiaran selama lapan minggu bermula Ahad, 30 September, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ia turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan “on demand” untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Layari www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.