Pelakon Siti Elizad mengakui dirinya sering mementingkan pekerjaan daripada meluangkan banyak masa bersama keluarga dan orang sekeliling.

Menerusi entri di Instagram (IG), Elizad menjelaskan apa yang dilakukan olehnya selama ini adalah satu kesilapan dan dia mula sedar dengan kesalahan yang pernah berlaku dulu.

"Hari itu masa sakit, saya tertanya kenapa mesti aku yang KAU pilih. Rasa sedih, rasa marah, semua rasa lah. Sebab tak boleh nak kerja (saya memang jenis kaki kerja tak berhenti). Rupanya DIA nak kita berehat sekejap.

"Apapun, betul kata orang,n“ Yes! money can buy everything but not happiness". Dalam sibuk dengan kerja, saya tak perasan, banyak sangat yang secara tak lansung saya ambil remeh. Kurang masa pada husband, family dan orang sekeliling. Sebab apa-apa pun mesti kerja Num 1.

"Until I awake from operation I realised my husband, families & semua kawan-kawan dan orang sekeliling yang sebenarnya boleh buat kita happy. Walau hanya borak-borak kosong. Now I appreciate more, walaupun small things.

"Hidup ni kalau kita happy dan bersyukur dengan apa kita ada, Allah pasti akan tambahkan lagi nikmat. Walaupun hanya benda yang kecil. Terima kasih sebab DIA pilih saya untuk ujian ini. Now I appreciate more life dan orang sekeliling," tulisnya.

Hari tu masa sakit , saya tertanya “ kenapa mesti aku yang KAU pilih “ . Rasa sedih , rasa marah , semua rasa lah . Sebab x boleh nak kerja ( saya memang jenis kaki kerja tak berhenti ) . Rupanya DIA nak kita berehat sekejap . . Apa pun , betul kata org , “ Yes ! money can buy everything but not happiness “ . Dlm sibuk dgn kerja , saya x perasan , byk sgt yg secara x lansung saya ambil remeh . Kurang masa pd husband , family & org sekeliling . Sbb apa2 pun mesti kerja Num 1 . Until i awake from operation i realised my husband , families & semua kwn2 & org sekeliling yg sebenarnya boleh buat kita happy . Walau hanya borak2 kosong . ☺️ Now i appreciate more , walapun small2 things . ❤️ ( includes fast recovery wishes Doa from all of you ?? ) . Btw , pagi tadi lepas breakfast, saya tengok ada sorang pekebun tgh menyiram pokok dekat kawasan hotel ni , sambil bersiul2 , bercakap dgn pokok semacam dia enjoy dgn apa yg dia buat . Dalam hati , happynye pakcik ni . ☺️ . Note to myself : Hidup ni kalau kita happy & bersyukur dgn apa kita ada , Allah pasti akan tambahkan lagi nikmat . Walau pun hanya benda yg kecil . Terima kasih sbb DIA pilih saya utk ujian ini . ??❤️ Now I appreciate more life & org2 sekeliling ( walaupun pokok2 ) ❤️❤️❤️ Tak perlu jadi orang lain utk buat orang senang dgn kita , jadi yg biasa2 punnnnn dah happy ! ? ( Anyway tak sabar nak tgu sihat sepenuhnya nak kembali buli - MEMBULI ) #IkhlasCoretanHariIni #SayangBanyakLaut . ?

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on


Rata-rata mendoakan agar Elizad segera sembuh daripada sakit yang dihadapi dan dapat meluangkan masa yang ada bersama orang yang tersayang.

Sebelum ini, Elizad selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan cyst sebesar 8 sentimeter dalam perut di sebuah hospital di Kuala Lumpur.