Bertemakan kartun bersiri popular Super Wings, kini si manja boleh menyelami watak watak kegemaran mereka melalui koleksi bekas hidangan makanan Super Wings edisi terhad khas dibawakan oleh Drypers. Dapatkan promosi edisi terhad ini secara percuma dengan setiap pembelian pek mega kembar Drypers Wee Wee Dry (dalam pek) dari size S ke XXL.

Jadi, pantas bersama Super Wings menuju destinasi melengkapkan misi penting mereka untuk mengumpul kesemua koleksi terhad ini di Pasaraya terdekat anda seperti di Tesco, Giant, Aeon, Aeon Big, Mydin, Econsave, dan lain-lain.

Jangan ketinggalan untuk dapatkan koleksi terhad ini mulai 15 September hingga 31 Oktober.



Sesungguhnya, tugasan keibubapaan memang sudah sedia mencabar, jadi Drypers tampil membantu para ibu bapa berdepan cabaran itu dengan memperkenalkan ciri baharu agar tugasan penukaran lampin bayi lebih mudah. Berdasarkan kajian menyatakan bahawa tugasan penukaran lampin adalah salah satu cara unutuk membina hubungan rapat antara ayah/ibu & baby. Malah, interaksi yang dibina dari peringkat awal inilah juga menjadikan tugas mendisiplinkan anak lebih mudah kerana ‘connection’ telah pun dibina.

Drypers Wee Wee Dry baharu dengan rekaan TummyFit Guide yang inovatif ialah produk pertama Malaysia yang memberikan indikator saiz ideal dengan ciri panduan Ciri ini dicetak pada zon pita pelekat yang membolehkan ibu bapa, terutama bapa baharu untuk mengenal pasti sama ada lampin itu dapat dipadankan serasi dengan si manja.



Selain itu, 6 AbsorbDryLayers pula memberi penyerapan yang lebih pantas dan penyaluran urin dengan lebih sekata. Dengan ciri baharu ini, Drypers Wee Wee Dry menawarkan padanan terbaik untuk memastikan kulit bayi kekal kering dan selesa agar para ibu bapa dapat menikmati detik-detik indah si kecil membesar bersama.