Pelakon Datin Fouziah Gous menyambut ulang tahun perkahwinan kelimanya dengan suami, Datuk Zhafran Yusof semalam.

Fouziah berkata peluang menunaikan ibadah haji baru-baru ini adalah hadiah tidak ternilai buatnya dan suami.

“5 tahun bersama,hadiah yang tiada nilai buat kami ialah Allah menjemput kami untuk menunaikan Rukun Islam yg ke5 pada tahun ke 5 #anniversary tanpa kami rancang.
Thank you Allah,” tulisnya.

Fouziah berkongsi kegembiraannya itu menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

اَلْحَمْدُلِلّهِ 5 tahun bersama,hadiah yg tiada nilai buat kami ialah Allah menjemput kami untuk menunaikan Rukun Islam yg ke5 pada tahun ke 5 #anniversary tanpa kami rancang?. Thank you Allah❤️ #zhafou #zhafouhaji

A post shared by Zhafou | Zhafoujr (@fouziahgous) on


Rata-rata pengikutnya, turut memberi ucapan ulang tahun perkahwinan dan mendoakan kebahagiaan mereka.

Pasangan ini dikurniakan dua orang anak Zeeshan Yusuf, 3 dan Zaheen Yusof Md Zhafran, 1.