Pelawak dan penyanyi popular Achey mengakui program Super Spotan Xtravaganza (SSX) agak sukar berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Menurut Achey, kesihatan adalah sangat penting dalam menentukan seseorang itu bergelar juara ataupun tidak.

"SSX pada tahun ini memang agak lain sikit sebab dari minggu awal lagi saya lihat ia agak sukar bagi semua peserta.

"Bila dalam SSX kesihatan sangat penting kerana kita akan melakukan banyak pergerakkan dan ia sudah semestinya memenatkan.

"Siapa yang taknak bergelar juara tapi biarlah juara itu dipilih melalui cara yang betul dan adil.

"Jika saya bagus saya tidak kisah bergelar juara tapi jika tidak saya tidak ralat," katanya.

Jangan lupa untuk menyaksikan SSX akhir pada malam ini yang bersiaran secara langsung dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Bertemakan ‘tukang masak’, SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej ‘tukang masak jalanan’ dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej ‘tukang masak di hotel’.

Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.

Setiap kumpulan akan dikritik dan diniali oleh dua jri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri jemputan.

SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.